Tuesday, 25 September 2012

NOTA SYARIAH SEMESTER 1 BAB MUAMALAT



Konsep Jual Beli Dalam Islam

Definisi Jual Beli
            Jualbeli dari segi bahasa ialah menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain. Dari segi istilah pula, jual beli didefinisikan sebagai akad yang merujuk kepada pertukaran sesuatu harta dengan harta yang lain bagi tujuan pemilikan kekal. Ini bermaksud dalam akad tersebut mestilah wujud pertukaran harta untuk tujuan pemilikan. Jual beli juga mesti membabitkan sesuatu yang syarak menilainya sebagai harta. Jual beli ini juga perlu membabitkan pemilikan dan penyerahan hak milik dan tidak boleh ditetapkan untuk tempoh tertentu sahaja.
Hukum dan dalil jual beli
Hukum jual beli adalah mubah (harus) berdasarkan dalil al Qur'an Allah SWT berfirman:
وأحل الله البيع وحرم الرباء
"Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba". (Surah Al Baqarah: 275)


Rukun Jual Beli

Rukun jual beli ialah :
1) Penjual
2) Pembeli
3) Benda yang dijual
4) Harga
5) Sighah

 Syarat-syarat Jual beli

Antara syarat bagi penjual dan pembeli ialah:
1. Waras iaitu baligh, berakal dan boleh menguruskan harta dengan baik.
2. Bebas membuat pilihan ketika mengikat kontrak.
3. Bebas melakukan jual beli
4. Penjual dan pembeli adalah individu yang berlainan.
5. Boleh melihat
6. Pembeli hendaklah beragama Islam jika barang yang dibeli itu ialah al-quran.

Syarat-syarat barang jualan dan harganya:

1. Barangan yang dijual mestilah dalam bentuk harta yang bernilai menurut syarak.
2. Barangan jualan hendaklah wujud ketika kontrak jual beli dimeterai.
3. Barangan jualan tersebut mestilah barangan yang bermanfaat menurut syarak dan uruf (kebiasaan orang ramai).
4. Barangan tersebut hendaklah boleh diserahkan daripada segi fizikal dan syarak.
5. Pihak yang berkontrak mestilah orang yang mempunyai kuasa ke atas barangan yang ingin dijual beli sama ada kuasa sebagai seorang penjaga atau kuasa sebagai pemilik.
6. Barangan tersebut mestilah dalam pengetahuan kedua-dua belah pihak.

Hikmah jual beli
Maha suci Allah dalam menjadikan setiap peraturan ciptaannya penuh dengan hikmah, begitu juga dengan pensyariatan jual beli ini. Hikmah pensyariatan jual beli dari 3 sudut iaitu:

(A) INDIVIDU

i- Penjual

(a) Mendapat rahmat dan keberkataan daripada Allah dengan mengikut apa yang telah disyariatkan
(b) Dapat berniaga dengan aman tanpa berlakunya khianat mengkhianati antara satu sama lain.

ii- Pembeli

(a) Berpuas hati di atas urusniaga yang dijalankan kerana peniga menjalankan urusan mengikut syariat islam.
(b) Mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah di atas urusniaga yang berlandaskan syariat Islam
(c) Terhindar daripada siksaan api neraka.

(B) MASYARAKAT

(a) Menyenangkan manusia bertukar-tukarfaedah harta dalam kehidupan seharian
(b) Menghindarkan kejadian rampas merampas dan ceroboh mencerobohi dalam usaha memiliki harta
(c) Menggalakkan orang ramai supaya hidup berperaturan, bertimbang rasa, jujur dan ikhlas.

(c) NEGARA

(a) Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.
(b) Dapat menarik pelabur asing untuk melabur dalam ekonomi negara.
(c) Menggalakkan persaingan ekonomi yang sihat sesama negara islam





Jenis-jenis jual beli
(a) Jual beli yang haram tetapi  sah:
  1. membeli barang dengan harga yang lebih mahal daripada harga biasa sedangkan dia tidak perlu kepada barang tersebut tetapi bertujuan untuk menyekat orang lain daripada memilikinya
  2. membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain iaitu dalam tempoh khiyar
  3. membeli dengan cara menyekat di jalanan untuk meniggikan harga
  4. membeli dengan tujuan untuk menyorok dengan tujuan dapat harga yang lebih tinggi kelak
  5. jual brang yang digunakan oleh pembeli untuk tujuan maksiat
  6. jual dengan cara tipu
  7. jual beli dengan mengatasi tawaran penjual dan pembeli lain

(b) Jual beli yang haram serta tidak sah:
  1. jual air benih binatang ternakan
  2. jual anak binatang yang masih dalam kandungan
  3. jual buah yang masih di atas pokok
  4. jual benda yang tidak boleh diterima seperti burung di udara
  5. jual hati,daging dengan binatang lain sama ada sama jenis atau tidak
  6. jual bersyarat
  7. jual syarat hutang
  8. jual barang baru dibeli tetapi belum diterima sebab bukan milik sempurna lagi
 Pendapat ulama’ tentang jual beli
Imam Syafei - Tidak sah jual beli dengan kanak-kanak yang belum mumayyiz
Hanbali dan Hanafi -Sah jual beli kanak-kanak yang sudah mumayyiz  jika barangan adalah kecil    nilainya seperti sekilo gula.





Pengertian Khiyar
Khiyar menurut bahasa artinya memilih, sedangkan menurut syara’ adalah memilih antara meneruskan akad jual beli atau akan membatalkannya, disebabakan adanya pertimbangan dan kemaslahatan bersama, agar tidak terjadi penyesalan dan penipuan dikemudian hari.
Hukumnya boleh sepanjang terpenuhi syarat- syarat yang telah ditentukan. Sebagaimana hadis Rasul S.A.W
ادا ثبايع الرجلان فكل واحد منهما با لخيا رما لم يتفرقا
Artinya: ‘Dua orang yang bejual beli boleh memilih akan meneruskan jual beli mereka atau tidak, selama keduanya belum berpisah dari tempat’.
Jenis-jenis khiyar
Jenis-jenis Khiar
Khiar ada tiga jenis, iaitu :
1.      Khiar Majlis
2.      Khiar Syarat
3.      Khiar Aib (cacat)

(a) Khiar Majlis
Khiar majlis ialah khiar yang dilakukan sebelum penjual dan pembeli berpisah ke mana-mana.  Selagi belum berpisah, penjual atau pembeli boleh melakukan khiar walaupun tanpa  sesuatu sebab, tak kira  berapa lama mereka berada di majlis atau tempat akad itu ; atau mereka sama-sama  keluar pergi ke mana-mana.  Maka tidak boleh dilakukan khiar lagi jika :
1.      Kedua-duanya sudah berpisah
2.      Sudah menggunakan barang itu sebagai membuktikan jualan itu sudah selesai
3.      Ada sesuatu bukti yang menunjukkan jualan itu sudah selesai.
(b) Khiar Syarat
Penjual  dan pembeli boleh membuat syarat ketika akad jualbeli dalam tempoh tidak lebih  daripada tiga hari, seperti kata penjual : “Saya jual barang ini kepada saudara dengan syarat saya  boleh khiar dalam tempoh tiga hari.”  Jawab pembeli:  “Saya beli barang ini dengan syarat tersebut.”  Dalam  tempoh yang tersebut itu, berhaklah pihak-pihak yang membuat syarat itu melakukan khiar, penjual berhak menarik kembali barangnya, dan pembeli berhak menarik balik wangnya.  Inilah yang dikatakan khiar syarat.
(c)  Khiar  Aib
Jika barangyang dijual atau harganya didapati  cacat yang mengurangkan nilainya, haruslah pembeli atau penjual  melakukan khiar dengan syarat :
1.      Kecacatan itu berlaku sebelum daripada akad atau  selepas akad tetapi sebelum diterimanya oleh pembeli atau penjual.
2.      Hendaklah segera menyerahkan kembali barang atau harga yang cacat itu.
Bila terdapat  kecacatan yang mengurangkan nilainya itu, bolehlah dilakukan khiar walaupun tidak ada dibuat syarat khiar terlebih dahulu.  Jadi bila diketahui ada kecacatan, hendaklah  segera menyerahkan kembali barang kepada  penjual atau harga  kepada pembelinya.  Tetapi jika lengah, tidak harus lagi melakukan khiar.  Inilah yang dikatakan khiar cacat.

Hikmah  Pengharusan Khiar
Di antara hikmat-hikmat mengharuskan khir, dapat disimpulkan seperti berikut :
1.   Supaya kedua-dua pihak merasa puas hati dalam urusanl jualbeli.
2.   Untuk mengelakkan tipu menipu dalam urusan jualbeli
3.   Untuk menjamin kesempurnaan dan kejujuran bagi kedua-dua pihak.
Persoalan semasa:






8 comments:

  1. ada full nota bab syariah stpm muamalat tak? means all topic

    ReplyDelete
  2. emm tak da jual buku syariah . susahlah . dah nak sem 1 ni . haihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de sesape ke nak komen?

      Delete
    2. awak belajar sungguh sungguh,Allah nak tengok usaha awak,kalau awak usaha lebih,Allah bagi lebih laa,yakin boleh berjaya!okay?

      Delete
    3. sahil & azim dah ada buku syariah belum ?

      Delete
    4. Buku syariah sem1 boleh dibeli di penerbit Pustaka Ilmu. Tajuk buku: Fiqah

      Delete
  3. huraikan kesalahan kesalahan yang sering dilakukan dalam jualbeli

    ReplyDelete