SULIT
UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN PRA-UNIVERSITI
SMK AGAMA LIMBANG, SARAWAK
PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH ULANGAN
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA
SYARIAH 930/1
TINGKATAN 6
PENGAJIAN FIQH
Kertas 1
SEPTEMBER 2012
2 JAM
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
MAKLUMAT UNTUK CALON
1. Jawab empat soalan sahaja.Dua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan Bahagian B.
2. Anda boleh menjawab sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Arab.
3. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
Disediakan oleh;
..................................................
( Ust.Razali bin Abu Bakar)
Guru Syariah, Tingkatan 6
SMK Agama Limbang.
Kertas soalan ini terdiri daripada 2 muka surat termasuk muka hadapan
Reza_lee@smkal2012
BAHAGIAN A : MUAMALAT DAN MUNAKAHAT `
Jawab dua soalan sahaja:
1. a) Jelaskan konsep syarikat dalam Islam dari segi pengertian,hukum,dalil dan hikmahnya. [8]
b). Huraikan empat perkara yang membatalkan syarikat [8]
(c) Jelaskan empat prinsip utama sistem takaful Malaysia. [4]
2. a) Huraikan khiyar dari segi pengertian,dalil,hikmahnya. [6]
b) Jelasakan bahagian-bahagian khiar. [6]
c) Jelaskan perbezaan antara khiar majlis dan khiar aib . [8]
3. a) i- Jelaskan maksud wali,wali mujbir dan wali bukan mujbir. [4]
ii- Huraikan syarat sah nikah yang dilakukan wali mujbir. [8]
iii- Huraikan syarat sah wakil perkahwinan [8]
BAHAGIAN B:MIRATH DAN JENAYAH
Jawab dua soalan sahaja.
4 a) Jelaskan konsep mirath dalam Islam dari segi pengertian,hukum,dalil dan hikmahnya. [8]
b). Jelaskan rukun dan syarat mirath. [8]
c) Jelaskan sebab dan halangan pewarisan. [4]
5 a) Jelaskan konsep al-hajb. [4]
b) Selesaikan kes pusaka yang berikut:
i) Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, anak perempuan dan saudara perempuan seibu sebapa. [4]
ii) Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, saudara lelaki seibu sebapa dan saudara lelaki seibu. [4]
iii) Seorang perempuan meninggal duania meninggalkan suami, ibu, dua saudara perempuan seibu, dan saudara lelaki seibu. [4]
iv) Seorang lelaki meninggal dunia meninggalkan ibu, isteri, datuk, anak lelaki dengan harta RM72,000. Selesaikan pembahagian tersebut. [4]
6 a) Jelaskan pengertian jenayah,dua ciri-ciri hukum jenayah Islam. [6]
b) Jelaskan tujuan utama Islam mensyariatkan hukum jenayah. [4]
c) Huraikan jenis-jenis kesalahan jenayah dalam Islam. [10]
KERTAS SOALAN TAMAT
SULIT
Assalamualaikum.. boleh saya dapatkan contoh buku2 mata pelajaran syariah? Atau senarai buku..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete