Konsep Jual
Beli Dalam Islam
Definisi Jual Beli
Definisi Jual Beli
Jualbeli
dari segi bahasa ialah menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain. Dari segi
istilah pula, jual beli didefinisikan sebagai akad yang merujuk kepada
pertukaran sesuatu harta dengan harta yang lain bagi tujuan pemilikan kekal.
Ini bermaksud dalam akad tersebut mestilah wujud pertukaran harta untuk tujuan
pemilikan. Jual beli juga mesti membabitkan sesuatu yang syarak menilainya
sebagai harta. Jual beli ini juga perlu membabitkan pemilikan dan penyerahan
hak milik dan tidak boleh ditetapkan untuk tempoh tertentu sahaja.
Hukum dan dalil
jual beli
Hukum jual beli adalah mubah (harus)
berdasarkan dalil al Qur'an Allah SWT berfirman:
وأحل الله البيع
وحرم الرباء
"Dan Allah menghalalkan jual beli dan
mengharamkan riba".
(Surah Al Baqarah: 275)
Rukun Jual Beli
Rukun jual beli ialah :
1) Penjual
2) Pembeli
3) Benda yang dijual
4) Harga
5) Sighah
Syarat-syarat Jual beli
Antara syarat bagi penjual dan pembeli ialah:
1. Waras iaitu baligh, berakal dan boleh menguruskan harta dengan baik.
2. Bebas membuat pilihan ketika mengikat kontrak.
3. Bebas melakukan jual beli
4. Penjual dan pembeli adalah individu yang berlainan.
5. Boleh melihat
6. Pembeli hendaklah beragama Islam jika barang yang dibeli itu ialah al-quran.
Syarat-syarat barang jualan dan harganya:
1. Barangan yang dijual mestilah dalam bentuk harta yang bernilai menurut syarak.
2. Barangan jualan hendaklah wujud ketika kontrak jual beli dimeterai.
3. Barangan jualan tersebut mestilah barangan yang bermanfaat menurut syarak dan uruf (kebiasaan orang ramai).
4. Barangan tersebut hendaklah boleh diserahkan daripada segi fizikal dan syarak.
5. Pihak yang berkontrak mestilah orang yang mempunyai kuasa ke atas barangan yang ingin dijual beli sama ada kuasa sebagai seorang penjaga atau kuasa sebagai pemilik.
6. Barangan tersebut mestilah dalam pengetahuan kedua-dua belah pihak.
Hikmah jual
beli
Maha suci Allah
dalam menjadikan setiap peraturan ciptaannya penuh dengan hikmah, begitu juga
dengan pensyariatan jual beli ini. Hikmah pensyariatan jual beli dari 3 sudut
iaitu:
(A) INDIVIDU
i- Penjual
(a) Mendapat rahmat dan keberkataan daripada Allah dengan mengikut apa yang telah disyariatkan
(b) Dapat berniaga dengan aman tanpa berlakunya khianat mengkhianati antara satu sama lain.
ii- Pembeli
(a) Berpuas hati di atas urusniaga yang dijalankan kerana peniga menjalankan urusan mengikut syariat islam.
(b) Mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah di atas urusniaga yang berlandaskan syariat Islam
(c) Terhindar daripada siksaan api neraka.
(B) MASYARAKAT
(a) Menyenangkan manusia bertukar-tukarfaedah harta dalam kehidupan seharian
(b) Menghindarkan kejadian rampas merampas dan ceroboh mencerobohi dalam usaha memiliki harta
(c) Menggalakkan orang ramai supaya hidup berperaturan, bertimbang rasa, jujur dan ikhlas.
(c) NEGARA
(a) Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.
(b) Dapat menarik pelabur asing untuk melabur dalam ekonomi negara.
(c) Menggalakkan persaingan ekonomi yang sihat sesama negara islam
(A) INDIVIDU
i- Penjual
(a) Mendapat rahmat dan keberkataan daripada Allah dengan mengikut apa yang telah disyariatkan
(b) Dapat berniaga dengan aman tanpa berlakunya khianat mengkhianati antara satu sama lain.
ii- Pembeli
(a) Berpuas hati di atas urusniaga yang dijalankan kerana peniga menjalankan urusan mengikut syariat islam.
(b) Mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah di atas urusniaga yang berlandaskan syariat Islam
(c) Terhindar daripada siksaan api neraka.
(B) MASYARAKAT
(a) Menyenangkan manusia bertukar-tukarfaedah harta dalam kehidupan seharian
(b) Menghindarkan kejadian rampas merampas dan ceroboh mencerobohi dalam usaha memiliki harta
(c) Menggalakkan orang ramai supaya hidup berperaturan, bertimbang rasa, jujur dan ikhlas.
(c) NEGARA
(a) Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.
(b) Dapat menarik pelabur asing untuk melabur dalam ekonomi negara.
(c) Menggalakkan persaingan ekonomi yang sihat sesama negara islam
Jenis-jenis jual beli
(a) Jual beli
yang haram tetapi sah:
- membeli barang dengan harga yang lebih mahal daripada harga biasa sedangkan dia tidak perlu kepada barang tersebut tetapi bertujuan untuk menyekat orang lain daripada memilikinya
- membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain iaitu dalam tempoh khiyar
- membeli dengan cara menyekat di jalanan untuk meniggikan harga
- membeli dengan tujuan untuk menyorok dengan tujuan dapat harga yang lebih tinggi kelak
- jual brang yang digunakan oleh pembeli untuk tujuan maksiat
- jual dengan cara tipu
- jual beli dengan mengatasi tawaran penjual dan pembeli lain
(b) Jual beli
yang haram serta tidak sah:
- jual air benih binatang ternakan
- jual anak binatang yang masih dalam kandungan
- jual buah yang masih di atas pokok
- jual benda yang tidak boleh diterima seperti burung di udara
- jual hati,daging dengan binatang lain sama ada sama jenis atau tidak
- jual bersyarat
- jual syarat hutang
- jual barang baru dibeli tetapi belum diterima sebab bukan milik sempurna lagi
Imam Syafei - Tidak sah jual beli dengan kanak-kanak yang belum mumayyiz
Hanbali dan Hanafi -Sah jual beli kanak-kanak yang sudah mumayyiz jika barangan adalah kecil nilainya seperti sekilo gula.
Pengertian
Khiyar
Khiyar
menurut bahasa artinya memilih, sedangkan menurut syara’ adalah
memilih antara meneruskan akad jual beli atau akan membatalkannya, disebabakan
adanya pertimbangan dan kemaslahatan bersama, agar tidak terjadi penyesalan dan
penipuan dikemudian hari.
Hukumnya
boleh sepanjang terpenuhi syarat- syarat yang telah ditentukan. Sebagaimana
hadis Rasul S.A.W
ادا ثبايع الرجلان فكل واحد منهما با لخيا رما لم
يتفرقا
Artinya: ‘Dua orang yang bejual beli boleh
memilih akan meneruskan jual beli mereka atau tidak, selama keduanya belum
berpisah dari tempat’.
Jenis-jenis
khiyar
Jenis-jenis Khiar
Khiar ada tiga jenis, iaitu :
1. Khiar Majlis
2. Khiar Syarat
3. Khiar Aib (cacat)
(a) Khiar Majlis
Khiar majlis ialah khiar yang dilakukan sebelum
penjual dan pembeli berpisah ke mana-mana. Selagi belum berpisah, penjual
atau pembeli boleh melakukan khiar walaupun tanpa sesuatu sebab, tak
kira berapa lama mereka berada di majlis atau tempat akad itu ; atau
mereka sama-sama keluar pergi ke mana-mana. Maka tidak boleh
dilakukan khiar lagi jika :
1. Kedua-duanya sudah
berpisah
2. Sudah menggunakan
barang itu sebagai membuktikan jualan itu sudah selesai
3. Ada sesuatu bukti
yang menunjukkan jualan itu sudah selesai.
(b) Khiar Syarat
Penjual dan pembeli boleh membuat syarat ketika
akad jualbeli dalam tempoh tidak lebih daripada tiga hari, seperti kata
penjual : “Saya jual barang ini kepada saudara dengan syarat saya boleh
khiar dalam tempoh tiga hari.” Jawab pembeli: “Saya beli barang ini
dengan syarat tersebut.” Dalam tempoh yang tersebut itu, berhaklah
pihak-pihak yang membuat syarat itu melakukan khiar, penjual berhak menarik
kembali barangnya, dan pembeli berhak menarik balik wangnya. Inilah yang
dikatakan khiar syarat.
(c) Khiar
Aib
Jika barangyang dijual atau harganya didapati
cacat yang mengurangkan nilainya, haruslah pembeli atau penjual melakukan
khiar dengan syarat :
1. Kecacatan itu berlaku
sebelum daripada akad atau selepas akad tetapi sebelum diterimanya oleh
pembeli atau penjual.
2. Hendaklah segera
menyerahkan kembali barang atau harga yang cacat itu.
Bila terdapat kecacatan yang mengurangkan
nilainya itu, bolehlah dilakukan khiar walaupun tidak ada dibuat syarat khiar
terlebih dahulu. Jadi bila diketahui ada kecacatan, hendaklah
segera menyerahkan kembali barang kepada penjual atau harga kepada
pembelinya. Tetapi jika lengah, tidak harus lagi melakukan khiar.
Inilah yang dikatakan khiar cacat.
Hikmah Pengharusan Khiar
Di antara hikmat-hikmat mengharuskan khir, dapat
disimpulkan seperti berikut :
1. Supaya kedua-dua pihak merasa puas hati
dalam urusanl jualbeli.
2. Untuk mengelakkan tipu menipu dalam
urusan jualbeli
3. Untuk menjamin kesempurnaan dan
kejujuran bagi kedua-dua pihak.
Persoalan
semasa: